Kebakaran hutan yang berlaku di Australia sememangya telah mengorbankan banyak hidupan. Antara yang paling banyak menjadi korban adalah haiwan-haiwan yang terbunuh ataupun yang terperangkap dalam kebakaran tersebut.

Kesan kebakaran itu telah memusnahkan sumber makanan bagi haiwan-haiwan yang hidup di dalam hutan berkenaan. Hal ini juga menjadi faktor yang menyumbang kepada peningkatan angka korban.

Sungguh pun begitu, kerajaan persekutuan New South Wales telah mengambil langkah untuk mengagihkan makanan kepada haiwan-haiwan yang terperangkap dalam hutan berkenaan.

 Menurut laporan beberapa media antarabangsa, beberapa buah pesawat Choppers telah digunakan untuk menjatuhkan ubi keledek serta lobak.

Mereka telah menjatuhkan kira-kira 2,200 kilogram sayur-sayuran yang masih segar kepada haiwan-haiwan yang masih terperangkap dalam hutan berkenaan. Untuk pengetahuan anda, mereka telah mengambil masa hampir seminggu untuk mengumpulkan makanan berkenaan bagi merealisasikan hasrat berkenaan.

Selain itu, mereka turut meletakkan beberapa buah kamera bagi memantau haiwan-haiwan yang mengambil makanan tersebut. 

Menurut Menteri Alam Sekitar NSW, Mat Kean, beliau berkata yang banyak haiwan yang terselamat daripada kebakaran hutan berkenaan, namun, sayangnya, mereka tidak mempunyai bekalan makanan.

Sumber: Dailymail