Azilah Hadri yang disabit kesalahan kerana telah membunuh seorang wanita warganegara Mongolia,iaitu Altantuya  telah mendedahkan satu perkara yang mengejutkan di Penjara Kajang. MalaysiaKini,menerusi pendedahan terbaru yang dilaporkan,Azilah  mendakwa telah menerima arahan daripada bekas Perdana Menteri,Dato’ Seri Najib bin Tun Abdul Razak untuk membunuh Altantuya Shaariibuu pada tahun 2006.

Walau bagaimanapun,anak kepada Dato Seri Najib bin Tun Abdul Razak iaitu Yana Najib telah tampil dan telah menegaskan  yang ayahnya tidak akan melakukan perbuatan seperti itu.

‘Lupuskan mayat perisik asing,hilangkan kesan’

Di samping itu,Azilah juga telah mendakwa yang dirinya termasuk seorang pegawai polis iaitu Sirul Azhar Umar hanya mengikuti arahan “shoot to kill” (tembak mati) sebagai anggota pasukan Unit Tindakan Khas (UTK) polis. Laporan itu mengatakan yang Dato’Seri Najib Razak telah mengarahkan mereka untuk “tangkap dan hapuskan” Altantuya dan menyatakan yang Altantuya merupakan “perisik asing” dan “ amat berbahaya kepada keselamatan negara”.

   Saya bertanya kepada TPM apa yang dimaksudkan dengan tangkap dan hapuskan perisik asing         tersebut dan TPM menjawab, ‘Shoot to kill,’ sambil menunjukkan isyarat memotong leher.


    Apabila ditanya berkenaan maksud musnahkan mayat perisik asing tersebut, TPM menjawab,                 ‘ Lupuskan mayat perisik asing hilangkan kesan’.

Selain itu,Azilah Hadri turut mendakwa yang  bekas Perdana Menteri itu memberitahunya supaya berhati-hati dengan perisik perempuan itu kerana dia penuh dengan tipu muslihat serta pandai berkata-kata,dan antaranya adalah tentang dia sedang mengandung.

“Saya menegaskan di sini bahawa tujuan saya mengemukakan keterangan-keterangan dan fakta-fakta material di atas adalah bukan hanya kerana saya telah dianiaya oleh pihak-pihak berkepentingan tetapi juga bertujuan untuk saya zahirkan perkara sebenar yang telah terjadi di dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.”


“Saya juga berharap agar sahabat-sahabat saya di UTK secara khususnya dan PDRM secara amnya berhati-hati dalam menjalankan arahan-arahan yang diberikan supaya kes penganiayaan seperti yang dihadapi saya ini tidak berulang lagi.”

Bukan setakat itu sahaja,Azilah turut memberitahu yang dia telah berjumpa dengan Dato’ Najib Razak pada 17 Oktober tahun 2006 di Pekan,Pahang.Dato’Najib Razak juga mengarahkan dia untuk membunuh “perisik asing” itu.Pada keesokan harinya,perkara itu diulangi  lagi oleh Dato’Najib Razak di pejabatnya.

‘Ayah saya bukan pembunuh’


Sementara itu, Yana Najib melalui akaun Instagram rasminya menegaskan yang ayahnya itu bukan seorang pembunuh berdasarkan kenyataan dan laporan yang telah dikeluarkan oleh MalaysiaKini.

    “MY FATHER is NOT a MURDERER. I just spent the last two hours listening to     President Obama speak about the need for political leaders to realise that you are in this position to DO YOUR JOB & work FOR THE PEOPLE. For a brief moment, I was rejuvenated.”


“Then,I came home to see such slanderous claims promulgated to mask certain parties’ incompetencies. And who is the biggest victim in all of these never ending games of betrayal and slander? It is the Rakyat, our children, our grandchildren. Are we going to allow lies and deceit to be the new order of success in our country?”


Mereka keluarkan konspirasi baru untuk menentang dan memfitnah saya

Seterusnya,Dato’ Sri Najib Razak menerusi akaun rasmi Facebooknya  turut memberi maklum balas mengenai kenyataan kontroversi yang dilakukan oleh Azilah pagi tadi.Selain itu,dia turut mengaitkan bahawa Kerajaan Pakatan Harapan cuba memfitnah dirinya.

“Pembunuhan Altantuya telah berlaku 13 tahun dahulu. Telah melalui ratusan hari perbicaraan selama bertahun-tahun di Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan sampai ke Mahkamah Persekutuan yang memutuskan hukuman mati lima tahun dahulu.”

“Sudah 19 bulan kerajaan PH memerintah. Saya telah mengarahkan pegawai saya membuat laporan polis terhadap saya tentang kes ini tahun lepas. Pihak polis juga mengesahkan tiada bukti untuk kaitkan saya dengan kes tersebut.”

“Tiba-tiba ada cerita perisik Rusia terkeluar pula. Dakwa saya yang arahkan pembunuhan Altantuya kerana dia perisik Rusia. Ada akuan bersumpah tiba-tiba keluar dari pihak polis yang telah dijatuhkan hukuman mati.’

“Kalau nak percaya akuan bersumpah dari seorang yang sudahpun dijatuhkan hukuman mati maka adakah kita juga perlu percaya akuan bersumpah bahawa bakal PM ke-8 telah mencabul bekas pegawai lelaki dia tahun lepas? Adakah hukuman mati bakal di tarik balik atau ditangguhkan dengan akuan bersumpah ini?”

“Apa yang saya tulis dalam media sosial yang disertakan fakta dan bukti serta apa yang saya ucap dalam ceramah-ceramah saya amat sukar untuk dibalas atau disangkal oleh PH. PH sekarang amat fobia dengan gelaran kerajaan sepenggal. Oleh itu, mereka perlu keluarkan lagi konspirasi baru untuk menentang dan memfitnah saya.”