Sangat perit rasanya apabila kita mendengar luahan hati seorang bapa yang telah kehilangan anaknya dalam sekelip mata sahaja. Pada awalnya, abang kepada Ajim telah disahkan dijangkiti virus inluenza jenis A sehingga terpaksa dimasukkan ke hospital. Ajim kemudiannya tinggal dengan neneknya sebelum dia tiba-tiba demam panas lalu meninggal dunia.

Abang kepada Ajim demam

Assalamualaikum semua saudara2 dan shbt2 saya di dlm ruangan ni.. 
Seminggu anak saya Muhammad Dayyan Hazim (ajim) yang berumur 1 tahun 8 bulan meninggalkan saya untuk kembali kepada Allah swt..
Hari ni saya diberi kekuatan olehNya untuk menceritakan detik sebelum anak saya kembali ke rahmatullah dan menitipkan pesan buat semua. Sayangnya kami sekeluarga pada Ajim Allah sahaja yang Maha Mengetahui.


31/12/2019- Anell, abang kepada Ajim demam pada paginya dan suhunya mendadak naik sehingga 39 degree pada sebelah petang dan malam. Demam tidak kebah-kebah walaupun diberi ubat. Saya bawak Anell ke hospital Temerloh untuk mendapatkan rawatan jam 12 tengah malam. Setelah darah diambil, doktor di hospital Temerloh mengesahkan yang anak saya tiada jangkitan kuman dan disuruh balik..Subhannallah..saya beritahu kepada doktor tersebut anak saya sering sakit perut dan demam beliau tidak kebah-kebah walaupun diberi ubat demam.. malahan ubat demam yang diberi di hospital juga tidak memberi kesan untuk menyembuhkan demam beliau.

Tak dapat bagi tumpuan kepada Ajim

Doktor tetap arahkan saya untuk balik dan kerap membasahkan badan anak saya dengan air.. Allahuakbar..huhuhu…dengan sedikit kekecewaan saya bawak anak saya balik. Sampai rumah jam 6 pagi.. saya dan isteri sering basahkan badan anak tetapi seperti meletakkan air di atas cerek panas.. huhuhuhu…tidak mampu untuk menurunkan suhu. Jam 8 pagi sekali lagi saya bawak Anell ke primamedik Temerloh dan menceritakan semuanya termasuk darah telah diambil di hospital Temerloh. Doktor di primamedik kemudiannya mengambil sample hingus untuk dibuat ujian influenza. Tidak syak lagi bahawa Anell dijangkiti influenza A. Bayangkan begitu sedih saya dengan fasiliti hospital kerajaan yang sangat menyedihkan tidak mampu mengesahkan anak saya menghidap influenza A. Dengan surat rujukan dari primamedik saya bawak anell terus ke Kuantan Medical Centre (KMC). Bayangkan sahabat-sahabat semua, saya tak dapat bagi tumpuan kepada Ajim sepanjang masa tu dan tidak pernah berjumpa dia dari 1 januari 2020.. Allahuakbar.. saya lebih memberi tumpuan kepada Anell kerana dia demam teruk.. saya sangat sedih sehingga sekarang bila terkenangkan semua ni.. saya berada di KMC bersama Anell dan umi menjaga Ajim dan Along di rumah.

Ajim demam dan suhu naik mendadak

2/1/2020 – Pada sebelah malam umi bagitahu saya yang Ajim demam.. saya hanya memikirkan yang Ajim hanya demam biasa sebab beliau kebah selepas itu. Pada sebelah pagi 3/1/2020 Ajim demam balik dan saya bagitahu umi supaya bawa Ajim ke primamedik sebab dah tahu sangat dengan prosedur hospital kerajaan kalau baru demam memang disuruh balik tanpa ambik darah untuk pemeriksaan detail. Saya bagitahu umi untuk mintak doktor di primamedik buat influenza test. Alhamdulillah negatif. Ajim sgt aktif sehingga saya dengan isteri memang tidak dapat mengesan langsung sama ada Ajim tengah sakit atau pun tidak. Tapi, umi bagitahu Ajim selalu sakit perut. Umi bawa Ajim balik rumah berbekalkan ubat demam jenis cecair dan sub serta antibiotik. Selepas jumaat umi call saya bagitahu demam Ajim naik dengan mendadak…Allahuakbar…Ajim dimandikan dengan air lemon tapi masih tidak kebah-kebah. Umi bagitahu yang dia nak masukkan sub dan saya pun setuju..selepas masukkan sub, Ajim sawan yang tiada penghujungnya…huhuhuhu..Allahhh…dalam keadaan bercelaru umi ditemani oleh dua orang staff saya bawa Ajim ke emergency hospital Jengka.. pada masa yang sama saya terus bergegas balik dari KMC bersama Anel walaupun Anel masih tidak sihat.

Ajim kritikal dengan hanya demam satu hari sahaja

Berita yang sangat menyedihkan saya terima dalam perjalanan bahawa Ajim semakin kritikal dan terpaksa dihantar ke hospital Temerloh. Bayangkan sahabat-sahabatku, Ajim kritikal dengan hanya demam satu hari saja.. Allahuakbar…lemah seluruh tubuhku..Allah sahaja yang tahu..sepanjang perjalanan air mata mengalir mengenangkan anak aku yang masih kecil.. aku sampai di hospital Jengka dan tidak dibenarkan masuk tengak Ajim sebab masih dirawat..Allahhh…hanya Engkau saja yang tahu perasaanku pada ketika itu.. dari jauh saya tgk Ajim terbaring kaku dah tak dapat melihat saya malah bergerak pun tak boleh..mulut diikat sebab sawan..Allahuakbar…anak saya terus dibawa ke hospital Temerloh..

Allah lebih sayangkannya

Saya pendekkan cerita dengan keadaan Ajim yang sangat kritikal, Ajim pergi meninggalkan kami pd 6/1/2020 jam 7.11 am.. walaupun saya dengan isteri sangat sayangkan Ajim tapi kami redha yang Allah lebih sayangkannya..huhu.. kami tahu bahawa Allah akan menempatkan Ajim di tempat yang paling tinggi iaitu Syurga Allah..
Ajim dikebumikan di tanah perkuburan Islam jengka 18 pada hari yang sama.


Saya titipkan kisah ini adalah sebagai kenangan buat saya dan isteri di alam maya ini dan saya ingin menyampaikan pesan buat semua yang membaca kisah saya ini… janganlah abaikan anak kita walaupun demam sedikit..kita tidak tahu apa yang mereka tanggung masa tu…tolonglah bagi tumpuan penuh pada anak-anak…

Sumber: Facebook Mohd Esmadi Ibrahim