Baru-baru ini, Australia merancang untuk mengkuarantinkan rakyat-rakyatnya yang baru sahaja pulang dari Wuhan di Pulau Krismas. Pulau Krismas ini terletak lebih kurang 2,000 kilometer daripada tanah besar negara berkenaan.

Perdana Menteri Australia, Scott Morrison telah menyatakan yang rakyat-rakyatnya yang terlibat itu akan dikuarantinkan selama di dua minggu di Pulau Krismas itu.

Setelah itu, ia telah menimbulkan kontroversi dalam kalangan rakyat Australia. Hal ini berikutan kerana Pulau Krismas itu digunakan sebagai satu pusat tahanan imigresen yang boleh menempatkan kira-kira 1,000 orang.

Sumber: BBC