Agensi Pentadbiran Angkasa dan Aeronautik Kebangsaan (NASA) telah meramalkan bahawa kebakaran hutan di Australia akan memberi kesan kepada seluruh dunia. Hal ini demikian kerana, jangkaan asap yang disebabkan oleh kebakaran hutan berkenaan, ianya sudah cukup untuk mengelilingi seluruh Bumi.

Menurut laporan, asap daripada kebakaran hutan akan kembali ke ruang udara Australia selepas ia melakukan satu pusingan penuh mengelilingi planet kita. Asap tersebut dilaporkan telah bergerak sejak 8 Januari lagi. Dan sekarang ini, ia telah mengelilingi separuh daripada planet bumi.

Selain itu, Pusat Penyelidikan Goddard NASA turut menyatakan yang asap berkenaan kini sedang menuju ke Amerika Syarikat dan asap berkenaan akan membuatkan langit berjerebu.

“Asapnya dijangka membuat sekurang-kurangnya satu litar penuh di seluruh dunia, dan kembali semula ke langit di Australia”


Di samping itu, asap yang terhasil dikatakan sangat besar sehinggakan ia boleh membuat cuaca mereka sendiri. Ianya dapat dikaitkan dengan ribut petir gergasi sehingga boleh sebabkan kebakaran yang baharu.

Sejak bulan September lalu, kebakaran hutan di Australia itu telahpun mengorbankan banyak haiwan. Bahkan, beberapa penduduk turut terkorban dan tempat tinggal mereka telah hangus dijilat api.


A fleet of NASA satellites 🛰️ working together has been analyzing the aerosols and smoke from the massive fires burning in Australia.https://t.co/93geNvCBnU pic.twitter.com/ZedZ199lvJ

— NASA Goddard (@NASAGoddard) January 9, 2020

Sumber: Insider