Durban – Aktivis komuniti, Yousuf Ahmed Deedat telah dikejarkan ke hospital selepas ditembak di kepala di luar Mahkamah Keluarga Verulam pada pagi hari Selasa yang lalu.

Menurut KZN, Kolonel Thembeka Mbele, 65 tahun itu telah ditembak di luar mahkamah dan satu kes percubaan untuk membunuh telah dibuka di Verulam SAPS.

“Dipercayai seorang lelaki berusia 65 tahun serta isterinya sedang berjalan ke arah Mahkamah Keluarga Verulam pagi ini, lebih kurang pada pukul 8.30 pagi ketika seorang suspek yang tidak dikenali telah melepaskan tembakan, dan mencederakan seorang lelaki di kepalanya. Dia kemudiannya dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Suspek kemudiannya telah melarikan diri.”

 Motif tembakan masih tidak diketahui dan suspek masih diburu.

Prem Balram, pengarah Reaksi Unit SA, merupakan paramedik pertama yang tiba di tempat kejadian menyatakan yang keadaan Deedat adalah kritikal.

“Ketika mangsa ditemui, mangsa sedang terbaring di atas laluan pejalan kaki. Dia mengalami luka tembakan di kepalanya,” kata Balram.

Sumber: IOL