Kuala Lumpur :Jabatan Meteorologi Malaysia(MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran cuaca berjaga-jaga peringkat kuning iaitu hujan lebat di beberapa daerah di negeri Terengganu dan Pahang pada hari ini,manakala amaran sama di negeri Sabah sehingga esok hari.

MetMalaysia dalam kenyataan yang dikeluarkan pada pukul 1 tengahari menyatakan bahawa hujan lebat dijangka bakal melanda daerah Dungun dan Kemaman di Terengganu serta Jerantut,Maran, Kuantan,Bera, Pekan dan Rompin di Pahang.

Hujan lebat dijangka akan berlaku di Sabah iaitu di kawasan pantai barat (Ranau dan Kota Belud), Sandakan Telupid,Kinabatangan,Beluran dan Kudat.