Di media sosial sejak kebelakangan ini, ada saja individu yang tidak berpuas hati dengan orang lain. Terutama sekali kepada selebriti yang mempunyai ramai peminat. Ada saja benda yang tidak puas hati.

Baru-baru ini, selebriti serta pelawak terkenal, Issey Fazlisham telah meluahkan rasa kesalnya terhadap individu yang menyindirnya kerana dia menjaga tiga orang anak tiri.

Menurut Issey, ada individu yang meninggalkan komen sinis di Instagram isterinya, Aimi Jamil. Komen individu berkenaan seakan-akan menyindir mereka.

“Kesiannya Issey kena tanggung 3 orang anak tiri”. 


Allah amanahkan saya untuk jaga mereka

Menurut Issey, dia sangat gembira untuk menjaga ketiga-tiga anak tirinya yang merupakan amanah yang diberikan oleh Allah setelah dia menjadi suami sah kepada ibu mereka pada bulan Disember tahun lalu. Katanya lagi, bapa kepada tiga orang anak tirinya itu telah meninggal dunia dalam satu kemalangan.

“Lagi gembira ada lah sis.. Papa mereka ni meninggal dunia dalam kemalangan. Sekarang Allah amanahkan Issey untuk jaga mereka. Doakan Issey jadi daddy yang terbaik untuk mereka ye?” tulis Issey.

Komen individu berkenaan turut menerima kecaman daripada beberapa orang selebriti lain serta warganet yang tidak berpuas hati terhadap komen individu berkenaan. Rata-rata netizen mendoakan yang baik-baik sahaja buat Issey serta keluarganya dan turut menggalakkan Issey supaya terus menjaga anak-anak tirinya.

Persetankan mereka

 Pengecut


Besar pahala jaga anak yatim


Sumber: Issey Fazlisham