Baru-baru ini telah viral satu cerita mengenai seorang wanita yang mendakwa suaminya itu telah mengahwini kawan baiknya sendiri ketika mereka berjumpa di program keusahawanan.

Lantaran itu, suami wanita berkenaan yang dipanggil dengan nama Hanna itu telah tampil dan telah membuat kenyataan di laman Facebooknya yang bernama Baa Azhar.Dia telah menafikan tuduhan yang dilemparkan ke atas dirinya bahawa dia menceraikan isterinya itu untuk mengahwini sahabat isterinya, Yaya.

“Untuk makluman, saya dan juga isteri (Suhana Hamzah) masih sah dalam ikatan sebagai suami dan isteri dan bagi kenyataan berkaitan penceraian kami, itu adalah tidak benar…”

“Sebagai seorang suami, tanggungjawab saya terhadap beliau sama sekali tidak pernah di abaikan sama juga terhadap anak2..”
“Bagi isu saya memukul atau mengabaikan beliau adalah tidak benar sama sekali, saya masih melayan beliau sama dan tidak mengabaikan mana-mana tanggungjawab dari segi zahir dan batin dan masih menyayangi beliau dan tidak terlintas untuk melepaskan beliau seperti mana yang diviralkan…”

Kenal Yaya beberapa tahun lepas

“Berkenaan situasi saya dengan yaya.. saya akui setelah mengenali beliau buat beberapa tahun yang lepas bagi mengendalikan perniagaan bersama.. dan setelah beberapa lama mengenali beliau, saya mula menaruh perasaan untuk memperisterikan beliau atas asbab memperlihatkan keakraban diantara mereka berdua yang sngat2 rapat dan selesa juga melihat akan keikhlasan beliau yang bnyak membantu saya dalam menaikkan lagi perniagaan yg dimiliki oleh saya…”

“Namun dari situ saya tidak pernah mengabaikan isteri saya dan selaku sebagai seorang suami, saya telah meminta keizinan terhadap beliau untuk memperisterikan Yaya…dan atas dasar beberapa sebab yang berlaku termasuklah hasutan orang sekeliling, beliau tidak membenarkan kami untuk disatukan oleh demikian saya juga tidak melakukan sebarang perkahwinan seperti yg diviralkan….”


“Saya mohon untuk pihak2 netizen agar berhenti dan tidak lagi memperbesarkan atau masuk campur bagi urusan kami dalam berumahtangga… bagi isu yang diviralkan buat beberapa hari ini, saya mohon maaf atas sebarang kesalahfahaman dan tindakan bagi mana-mana pihak yang mungkin terasa hati atau mungkin menjatuhkan imej mana-mana pihak berkaitan kes tersebut…”

“Teruskanlah dengan penafian”-Hanna

Sementara itu, Hanna telah membalas kenyataan itu.Dia berkata yang dia telah berfikir tentang perkara itu dengan sedalam mungkin sebelum meluahkan apa yang berlaku tanpa mengetahui yang ianya bakal tular.

“Saya memperjelaskan tindakan saya yg membuat status berkenaan adalah keputusan yg saya telah fikir sedalamnya dan apabila kesabaran saya sudah tak tertanggung dek kerana diri saya diperkotak katikkan kekiri dan kekanan,menyebabkan saya mengambil tindakan sedemikian.”


Mereka rasa saya lemah

“Kerana MEREKA merasakan saya tidak akan berani ,lemah dan akan terus menangis dan meratap,dan MEREKA merasakan saya adalah seorang yang naif yang akan percaya bulat-bulat dengan penafian-penafian yang menyakitkan.

Katanya, dia telah cuba menghubungi keluarga wanita berkaan namun gagal.Rayuannya juga tidak dilayan.

“Rasa sakit dikhianati setelah 11 tahun berkahwin bukan hanya dapat diselesaikan dalam mase 24 jam atau hanya lega perkataan sabar.Saya yang merasa dan menganggung serta mengalami depression yang terlampau apatah lagi ketika disaat saya masih dalam proses recover selepas bersalin ditambah dengan ujian yang sebegini amat-amat memberi kesan kepada emosi dan kehidupan saya.”

“Bertuah anda yang tidak mengalami nasib seperti saya. Saya juga manusia yang ada limit dan perasaan .Saya bukan malaikat yang boleh redha dan terima dengan hati yang terbuka kerana yang menanggung beban adalah saya.


“Kepada MEREKA yang berkenaan,teruskanlah dengan penafian kerana saya faham anda ada periuk nasi yang perlu dijaga sedangkan saya tidak punya apa2. Saya tidak pernah mengatakan suami saya memukul saya atau mengabaikan saya tetapi saya tidak faham kenapa isu itu boleh timbul. Berkenaan dengan tanggungjawab dan nafkah,orang luar boleh berkata apa sahaja tapi saya sendiri yang tahu setakat mana kemampuan suami saya.”

“Saya juga tidak pernah dipelawa untuk bermadu seperti yang didakwa tetapi pengkhinatan ini terbongkar setelah beberapa kali kantoi dan bukti ada dengan saya.”

“Ya, saya masih belum bercerai tetapi saya dalam proses menfailkan penceraian kerana saya sudah tidak sanggup dipermainkan lagi.”

“Saya mengambil tindakan ini setelah perbincangan tidak pernah berakhir dengan baik. Disaat ini ,giliran saya pula untuk memikirkan tentang diri saya sendiri dan anak-anak dan MEREKA boleh meneruskan “play victim” .Good Luck. “- tulis Hanna

Sumber:Facebook