Perletakan jawatan YB Maszlee Malik dari Kementerian Pendidikan merupakan satu berita yang amat mengejutkan bagi sesetengah pihak.

Biarpun beliau hanya memegang jawatan tersebut dalam tempoh yang agak singkat, kita dapat melihat perubahan-perubahan positif yang beliau telah lakukan melalui portfolio beliau.

Bukan setakat itu sahaja, kredibiliti beliau dalam menjalankan tanggungjawab dan amanah turut mendapat pengiktirafan daripada kawan ataupun lawan beliau dalam arena politik termasuklah bekas Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin.

“Ini merupakan keputusan yang sukar. Awak memegang portfolio paling sukar dalam kerajaan dan mustahil melihat perubahan drastik dalam masa kurang dua tahun. Saya fikir ada menteri-menteri lain yang sepatutnya pergi,” tulis beliau.

Di samping itu, beliau turut mengakui perubahan-perubahan positif yang telah dilakukan oleh Dr Maszlee sepanjang beliau memegang jawatan tersebut dan beliau turut mendoakan yang terbaik untuk Dr Maszlee.

Berita mengenai perletakan jawatan Dr Maszlee telah membuatkan ramai kakitangan pendidikan dan rakyat berduka cita.

“Sebagai guru, saya amat sedih..”


“Menteri pendidikan terbaik sepanjang 23 tahun saya berkhidmat..”


“Saya akan terus berjuang untuk memajukan sistem pendidikan negara kita..”


“KPM lah yang tentukan hala tuju negara”


YB adalah penyelamat sistem pendidikan kita


“Kehilangan terbesar buat negara dan sistem pendidikan kita yang baru”


Menteri yang memperjuangkan keadilan dan anak-anak OKU