7 Destinasi Hiking Di Sekitar Kuching Yang Anda Perlu Cuba! Pernah sik terfikir kat sine mok pegi hiking pada hujung minggu tapi entah mok pegi ke sine? Haa… Mun agik bercari, sitok kamekorang tolong suggestkan 7 destinasi hiking kat sekitar Kuching yang boleh dicuba!

Gunung Santubong


Puteri Santubong, Puteri Sejinjang, Penjaga Gunung Negeri Sarawak~

Bagi mereka yang suka mencabarkan diri, Gunung Santubong adalah destinasi yang berpatutan! Terletak 45 minit dari Bandaraya Kuching, peminat hiking perlu mengikut trail ke Puncak Gunung Santubong yang disediakan dan berjalan dalam kumpulan bagi mengelak kesesatan.

Gunung Serapi

Dari jauh kita boleh tengok antena radio transmission centre di puncak Gunung Serapi. Tapi selain daripada itu, Gunung Serapi merupakan salah satu destinasi hiking di Kuching!

Dalam lingkungan 30 minit dari Kuching, Gunung Serapi terletak di Taman Negara Kubah. Hiking boleh bermula antara dari Taman Negara Kubah atau menggunakan trail jalan raya yang menghala terus ke Puncak Gunung Serapi.

Terdapat 7 jenis trail yang boleh didaki, dimana durasi yang paling lama adalah trail ke Puncak Gunung Serapi yang mengambil masa 3 jam 30 minit.

Gunung Singai


Gunung Singai juga terletak dalam lingkungan 30 minit dari Bandaraya Kuching. Bagi mereka yang masih baru dalam bidang hiking ni, Gunung Singai sangat ngam sebab ia tidak mencabar sangat berbanding dengan gunung-gunung lain. Great for first time hikers!

Permandangan dari atas Gunung Singai juga amat menyejukkan hati kerana anda akan dapat melihat keindahan flora dan fauna yang terletak di sekeliling gunung tersebut.

Gunung Jagoi | Bung Jagoi


Bung Jagoi terletak berhampiran dengan Serikin yang merupakan destinasi popular untuk membeli belah kerana lokasinya yang terletak bersebelahan dengan Indonesia.

Menurut sejarah, Puncak Bung Jagoi dahulunya dihuni oleh Bidayuh Jagoi. Kini, Bidayuh Jagoi sudah berpindah ke sekitar kaki gunung kawasan tersebut yang diberi nama Kampung Jagoi.

Bung Jagoi juga kini mempunyai Heritage Center untuk memelihara sejarah Bidayuh Jagoi yang unik.

Jika anda hendak hiking di Bung Jagoi, jangan risau dengan trail yang sukar kerana mereka mempunyai anak tangga untuk anda memanjat dengan selesa!

Bukit Gondol


Bukit Gondol terletak 90 minit dari Kuching berhampiran dengan Pantai Pugu. Walaupun ianya hanya bukit dan kurang mencabarkan berbanding dengan destinasi hiking lain, anda akan secara tidak langsung warm up sebelum mendaki bukit ini sebab anda perlu berjalan di pantai sepanjang beberapa kilometer sebelum tiba di kaki bukit gondol.

Permandangan di Bukit Gondol ini menghala ke arah Laut China Selatan dan amat sesuai untuk dijadikan lokasi melihat Milky Way ketika malam hari.

ting, Bengoh
Kampung Sting terletak di Empangan Bengoh yang pernah mempunyai kontroversi tidak lama dahulu.

Kampung Taman Negara Bako


Taman Negara Bako merupakan taman negara yang paling tertua di Sarawak. Terdapat lebih kurang 16 rangkaian jalan bertanda yang membolehkan pengunjung mengakses.

Bako terletak 45 min ke 60 minit dari Kuching dan memerlukan pengunjung untuk menggunakan speed boat dari Kampung Bako ke Bako National Park (ini akan mengambil masa 30 minit).

Ia sering dikunjungi sebagai day-trip, tetapi penginapan perkhidmatan perkhemahan juga disediakan untuk mereka yang teringin untuk bermalam di Bako National Park.

“Dipetik daripada iloveborneo”

Sumber: iloveborneo.my