Hari ini, Kementerian Kesihatan Malaysia melaporkan yang tiga orang warga China yang memasuki negara kita hari ini disahkan positif koronavirus.

Sebentar tadi, Menteri Kesihatan Malaysia, Dr Dzulkefly Ahmad, melalui satu sidang media, menyatakan yang tiga kes positif virus berkenaan adalah daripada 8 orang individu warga China yang dikuarantinkan di sebuah hotel di Johor Bahru.

Tambah beliau lagi, warga China yang disahkan positif virus itu merupakan ahli keluarga yang berasal dari Wuhan, China yang didapati positif virus berkenaan di Singapura.

Seterusnya, ketiga-tiga pesakit itu kini dilaporkan telah dihantar ke Hospital Sungai Buloh, Selangor bagi rawatan susulan.

Akhir sekali, beliau turut menyarankan agar orang ramai tidak pergi ke China sekiranya tiada urusan penting.

Sumber: KKM Putrajaya