KUALA LUMPUR: Tiga rakyat Malaysia dilaporkan telah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan ke Karachi, India pada hari Khamis yang lalu.

Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan hari ini telah mengesahkan yang salah seorang daripada mangsa dilaporkan cedera parah dan sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Srinagar manakala dua yang lain hanya mengalami cedera ringan sahaja.

“Kementerian melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi sedang memantau rapi keadaan mangsa dari semasa ke semasa dan akan menghulurkan bantuan konsular sewajarnya,” katanya.

Sumber:BH Online