Terkini, tiga orang warga China yang disahkan dijangkiti koronavirus adalah merupakan ahli keluarga terdekat mangsa pertama koronavirus di Singapura.

Ketiga-tiga mereka dilaporkan sedang mendapatkan rawatan di Hospital Sungai Buloh, Selangor. Mereka juga dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

“Kesemua mereka telah melalui saringan kesihatan ketika memasuki pintu masuk antarabangsa tetapi tidak menunjukkan sebarang tanda” kata Kementerian Kesihatan Malaysia (KMM).

Sumber: KKM