Sekumpulan pembalak tidak sangka yang mereka akan menemui sesuatu yang amat mengejutkan dalam sebatang pokok berangan (chestnut) yang ditebang oleh mereka.Di dalam pokok tersebut,mereka menjumpai seekor mumia anjing yang terawet.

Dalam satu penemuan pada tahun 1980-an di Georgia itu,anjing tersebut dilihat seakan-akan cuba mencakar dan melepaskan dirinya daripada pokok tersebut manakala mulutnya menyeringai sambil menunjukkan sebaris giginya yang masih elok.

Anjing tersebut bernama Stuckie,anjing ini dipercayai tersangkut di dalam lubang pokok berkenaan ketika sedang mengejar haiwan buruan yang lari ke dalam lubang berkenaan.

Berdasarkan kajian para pakar, mereka percaya bahawa ia telah tersangkut sejak tahun 1960-an lagi berdasarkan keadaan bangkai anjing tersebut.

Setelah membuat kajian berdasarkan posisi kaki hadapan anjing itu,pakar membuat kesimuplang bahawa anjing tersebuy mungkin tersangkut apabila cuba memanjat lubang berkenaan, namun tersekat pada bahagian atas pokok yang semakin mengecil.

Disebabkan anjing itu tidak mampu berbuat apa-apa, ia akhirnya telah mati di dalam batang pokok berkenaan sehingga menjadi mumia anjing dan telah ditemui pada 20 tahun berikutnya.

Terawet menjadi mumia

Yang menariknya,biarpun setelah berpuluh tahun,bangkai haiwan tersebut masih elok.Disebabkan itu, pakar berpendapat ia disebabkan kedudukannya yang tersembunyi di dalam pokok membuatkan ia tersembunyi daripada haiwan pemakan bangkai.

Selain itu, pokok berangan (chestnut) juga mempunyai tanin,iaitu sejenis bahan yang digunakan dalam taksidermi untuk mengawet kulit haiwan supaya tidak reput. Bahan ini dipercayai menyerap masuk ke dalam kulit anjing dan menyebabkan ia tidak reput.

Sementara itu, persekitaran yang kering di dalam batang pokok juga menjadi perlindungan kepada bangkai tersebut daripada lembapan seterusnya membantu proses pengeringan haiwan berkenaan.

Mumia anjing itu kini diletakkan di muzium Southern Forest World dalam keadaan asal ketika para pembalak menemuinya.

Sehingga hari ini, ia telah tersekat lebih daripada 50 tahun di dalam batang pokok tersebut.

Sumber: All Thats Interesting